Terma Perkhidmatan
Terma dan syarat di bawah terpakai kepada semua pelawat dan pengguna laman web Bio-Nanosciences.
Kemas kini terakhir: 4 September 2026 · Berkuat kuasa selagi anda berada di laman ini
Terma dan syarat di bawah terpakai kepada semua pelawat dan pengguna laman web Bio-Nanosciences.
Kemas kini terakhir: 4 September 2026 · Berkuat kuasa selagi anda berada di laman ini
Kandungan Terma dan Syarat boleh diubah, dialih atau dipadam pada bila-bila masa. Bio-Nanosciences (M) Sdn Bhd berhak menukar kandungan tanpa sebarang notis. Sebarang pelanggaran Terma ini, kami akan mengambil tindakan segera terhadap pesalah.
Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua bahan — termasuk imej, ilustrasi, reka bentuk, ikon, gambar, klip video, dan bahan bertulis dan bahan lain yang terkandung sebagai sebahagian daripada Laman ini ("Kandungan Laman") — adalah hak cipta, tanda dagangan, pakaian dagang dan/atau harta intelek lain yang dimiliki, dikawal atau dilesenkan oleh Bio-Nanosciences (M) Sdn Bhd.
Kami tidak dapat menjamin semua produk sebenar akan kelihatan tepat seperti yang dipaparkan pada monitor anda, kerana ia bergantung pada monitor pengguna.
Anda bersetuju untuk membela, menanggung rugi dan melepaskan Bio-Nanosciences (M) Sdn Bhd daripada sebarang dan semua tuntutan, ganti rugi, kos dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman, yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Laman oleh anda.
Sebarang akses ke laman pihak ketiga adalah atas risiko anda sendiri. Bio-Nanosciences tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan kandungan atau produk anda yang mempunyai sebarang kaitan dengan laman pihak ketiga.
Dari semasa ke semasa, maklumat di laman web Bio-Nanosciences mungkin mengandungi kesilapan taip, ketidaktepatan atau ketinggalan yang mungkin berkaitan dengan penerangan produk, harga, ketersediaan dan kandungan artikel. Kami berhak membetulkan sebarang kesilapan, ketidaktepatan atau ketinggalan serta menukar atau mengemas kini maklumat tanpa notis terlebih dahulu.
Perjanjian ini berkuat kuasa melainkan dan sehingga ditamatkan oleh anda atau Bio-Nanosciences. Anda boleh menamatkan perjanjian ini pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, Bio-Nanosciences juga boleh menamatkan perjanjian tanpa notis terlebih dahulu dan menolak akses kepada mana-mana pelanggan yang tidak dapat mematuhi terma di atas.
Soalan? Hubungi kami di info@bio-nanosciences.com.
Khidmat Pelanggan / Pertanyaan Produk
Pertanyaan Perniagaan
Komen dan Maklum Balas
Semua komen dan maklum balas yang dihantar ke laman web Bio-Nanosciences kekal menjadi harta milik Bio-Nanosciences (M) Sdn Bhd.
Anda bersetuju bahawa tiada komen yang dihantar akan melanggar sebarang hak mana-mana pihak ketiga, termasuk hak cipta, tanda dagangan, privasi atau hak proprietari lain, dan tidak akan mengandungi bahan yang menyalahi undang-undang, kesat atau lucah. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kandungan komen yang dibuat.